Sunday, June 23, 2019

Pelancaran Program Skor A

SMK Seri Intan pada hari ini telah melancarkan Program Skor A anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit HEM. Program ini bukan program peningkatan akademik tetapi program menjurus kepada program sahsiah.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Cikgu Abdul Razak bin Ibrahim, Pengetua Cemerlang SMK Seri Intan. Beliau telah mengupas lanjut tentang konsep Skor A ini dilancarkan dan dilaksanakan di peringkat sekolah.

Diskripsi Skor A
AMALAN 7A
MAKSUD
HURAIAN
ALIF
istilah arab bermakna satu sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai
1. Ada matlamat datang sekolah
2. Hala tuju jelas
3. Pencapaian adalah keutamaan
4. Sahut visi dan misi sekolah
AKHLAK
Sifat yang tertanam dalam diri atau jiwa seseorang
1. Kesabaran tinggi
2. Menghormati guru/rakan /staf sekolah
3. Menghormati peraturan sekolah
4. Ada perasaan malu
5. Buat amalan baik di sekolah
ADAB
Budi pekerti dan tingkah laku  yang baik
1. Memandang wajah sesiapa yang bercakap
2. Guna bahasa yang sopan santun dan baik
3. Sentiasa fokus semasa belajar
4. Jaga kelakuan di kelas/surau/kantin/tandas dll
5. Selalu amal 4S
6. Merendah diri bercakap dengan guru
AKUR
Setuju , seia sekata dan satu hati
1. Faham arahan guru
2. Setuju/sedia terima hukuman
3. Sokong dan hadir program sekolah
4. Bersama cegah salah laku
AMANAH
Bertanggungjawab dan boleh dipercayai
1. Jaga kemudahan sekolah
2. Tugas & tanggungjawab dilakukan dengan baik
3. Hadir ke sek dan belajar
4. Dengar nasihat ibu bapa
ARIF
Bijaksana, tahu dan berilmu
1. Dapat pimpin rakan-rakan
2. Bijak memilih rakan-rakan
3. Selalu usaha untuk perbaiki diri
4. Kata-kata yang bernas dan berisi
5. Matang dalam buat keputusan
AKTIF
Sentiasa berusaha dan bertenaga
1. Rajin bertanya guru
2. Selalu buat ulangkaji di rumah/sekolah
3. Cepat atau bersegera dalam sesuatu hal
4. Suka bantu kawan
5. Sukarela ambil bahagian  dalam aktiviti sekolah

Jom, saya share kertas kerja Skor A untuk tatapan bersama.


KERTAS KERJA PROGRAM SKOR A
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA
UNIT HEM
SMK SERI INTAN, KLUANG

TAHUN 2019

1.0 Program
Program Skor A (Alif, Akhlak, Adab, Akur, Amanah, Arif & Aktif)

2.0 Pendahuluan
Amalan Skor 7A ini sebenarnya telah diamalkan dalam kehidupan kita setiap hari, Cuma ianya tidak ditekankan dan dititikberatkan kepada para pelajar baik di rumah mahupun di sekolah. Dengan adanya program ini, diharapkan ianya dapat diterapkan dan ditanamkan di dalam jiwa setiap orang pelajar. Seterusnya ianya dijadikan sebagai satu amalan dalam kehidupan mereka sama ada masih di alam persekolahan mahupun di alam pekerjaan. Semoga amalan ini diteruskan kepada generasi  seterusnya.

3.0 Matlamat
Meningkatkan tahap sahsiah setiap orang pelajar 

4.0 Objektif
1. Melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu tetapi beradab dan bertanggungjawab
2. Menanamkan sikap dan tingkah laku yang baik kepada pelajar
3. Pelajar dapat menerapkan amalan skor A ini dalam kehidupan harian mereka


5.0 Tempat
Pelancaran - Dewan Intan Baiduri SMK Seri Intan, Kluang

6.0 Tarikh / Tempat
Pelancaran – 16 Jun 2019 (Ahad)
Skor 7A dijalankan sepanjang tahun

7.0 Masa
7.30 pagi hingga 8.30 pagi – Pelancaran
Skor A dijalankan mulai jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang setiap hari persekolahan

8.0 Sasaran
Semua Pelajar SMK Seri Intan

9.0 Kos Perbelanjaan
Hadiah  Bulanan (Men Rendah dan Menengah Atas)                                     
Sijil
Hadiah Tahunan (Men Rendah dan Menengah Atas)                                       
Lawatan
Baner                                                                                                                                    RM100
                               
10.0 Sumber Kewangan
PIBG
UBK                       RM100 (baner)

11.0 Tentatif Program (Pelancaran)

                                                            TENTATIF PROGRAM
SKOR A

                                    7.15 PAGI                    -           PELAJAR BERKUMPUL
                                                                                    GURU-GURU BERKUMPUL

                                                                        -           NYANYIAN BANGSA JOHOR, NEGARAKU,                                                                                           SEKOLAH

                                                                        -           BACAAN DOA

                                                                        -           UCAPAN PERASMIAN
                                                                                   
                                                                        -           GIMIK PELANCARAN
                                                                       
                                    8.30 PAGI                    -           BERSURAI
                                                                                    SEMUA PELAJAR DAN GURU

12.0 Jawatankuasa Pengelola

                Pengerusi            : En Abd Razak Bin Ibrahim
                                              (Pengetua Cemerlang, SMK Seri Intan)
                Timb Pengerusi :   En Che Zulkifli Bin Che Kob
                                               (PK HEM)
                Naib Pengerusi :    En Rahim Bin Rosdi (PKP)
                                               Tn Hj Rosali Bin Abu Samah (PK KOKO)
                                               Pn Paridah Binti Rasiman (PK P.KHAS)

                Penyelaras          :   En Rafiz Bin Mohd Salleh (Guru Bimbingan & Kaunseling)
               
BIL
NAMA
BUTIRAN
1
SETIAUSAHA

Pn Noraini Binti Abd Aziz
-turut serta dalam perbincangan bersama pentadbir
-membuat kertas kerja

2
PENGACARA

En Rafiz Bin Mohd Salleh
Amirul Hakimi Bin Ishak
-mengacarakan program dari awal hingga akhir
3
BACAAN DOA

Abdul Raziq Bin Abdul Siddiq
-memimpin bacaan doa
-menyediakan teks doa yang bersesuaian
4
BROSUR

Nadia Maisarah Binti Zulkefli
Nur Aesyah
-menyediakan brosur        
-menghias brosur
-menyampaikan brosur 
5
PERSEDIAAN TEMPAT

Muhd Haikal Danial Bin Mohd Fauzi
Muhd Muzaffar Irfan Bin Mohd Hairul Anuar
-menyediakan kerusi  untuk semua guru dan tetamu
-mengemas semula selepas majlis
-memastikan kawasan dewan dalam keadaan bersih
Menyediakan meja hadiah dan meja buku pelawat
6
DOKUMENTASI

Muhammad Ridzuan Bin Razak
-mengambil gambar sepanjang majlis berjalan
7
GIMIK PELANCARAN

Nur Nabila Binti Kamalludin
Nur Afiqah Binti Hamzah
Nur Syairatul Annati binti Ab Halim
-menyediakan gunting dan reben untuk pelancaran di atas pentas
-menghias papan kenyataan
-menguruskan pelancaran di papan kenyataan
-menyediakan pen untuk tanda tangan
8
PA SISTEM

Shahrul Azmir Bin Abd Hadi
-memastikan PA system boleh dihunakan sepanjang program berjalan
-membuat persediaan awal
9
KAWALAN PELAJAR

Tn Hj Maslahudin Bin Yusof
Pengawas
-memastikan pelajar dalam keadaan terkawal

13.0 Pelaksanaan
13.1 Perbincangan dengan Pentadbir sekolah
13.2 Membentuk Ahli Jawatankuasa bertugas
13.3 Pengagihan tugasan
13.4 Pelaksanaan program
13.5 Pemantauan
13.6 Penilaian dan post mortem
13.7 Pendokumentasian


 Disediakan oleh,                                                                                                   

 ………………………………………..                                                                                
PN NORAINI BTE ABD AZIZ                                                                                
Guru Bimbingan Dan Kaunseling                                                                                    
SMK Seri Intan 

Disemak oleh,

……………………………………………...                                                                                        
EN CHE ZULKIFLI BIN CHE KOB
PK HEM
SMK Seri Intan

 Disahkan oleh,

………………………………………….
ABDUL RAZAK BIN IBRAHIM
Pengetua Cemerlang
SMK Seri Intan










Friday, May 24, 2019

Pengacara Majlis Khatam Al Quran & Penyerahan Sumbangan Anak Yatim & Asnaf 2019M/1440H SMK Seri Intan

Salam Ramadhan yang ke 18...

Unit MAKDIS SMK Seri Intan telah melaksanakan 2 program ihya' ramadhan dalam satu hari. Program pada sesi pagi adalah Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Anak Yatim & Asnaf . Manakala program sesi petang adalah Majlis Iftar Jamaie dan Solat Terawih sesi 2019H/1440M. Tema majlis tahun ini adalah "Ramadhan Berkat, Taqwa Meningkat".

     Pada tahun ini, sekali lagi saya diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menggalas menjadi pengacara majlis dalam 2 program MAKDIS. Saya menerima tugasan tersebut dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Insyallah di dalam blog ini, saya akan berkongsi teks pengacaraan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Anak Yatin & Asaf. Manakala di dalam Majlis Iftar, saya mengendalikan program tersebut secara spontan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan lancar.

Tentatif program Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Anak Yatim & Asnaf

     7.15 pagi     : Bacaan Yaasin
     7.30 pagi     : Majlis Khatam Al-Quran berserta doa dan terjemahan
     8.00 pagi     : Ucapan Tuan Pengetua
     8.15 pagi     : Penyampaian cenderamata & sijil kepada peserta khatam
                         : Penyampaian sumbangan anak yatim & asnaf
     8.45 pagi     : Amanat HEM sebelum cuti sekolah
     9.00 pagi     : Bersalam salaman di antara guru & murid

Tentatif Majlis Iftar Jamaie & Solat Terawih

     5.45 ptg     : Kehadiran murid dan guru (berkumpul di surau)
     6.30 ptg     : Tazkirah - Saudara Mohd Farid Muslim - bekas pelajar SMA Kerajaan Johor
                       : Berbuka Puasa (ringan)
                       : Solat Maghrib
                       : Jamuan Makan
                       : Solat Isyak
                       : Solat Terawih & Witir
    9.30 mlm    : Penyampaian cenderamata
                       : Moreh & bersurai

     Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja dan sumbangan Hiasan Surau yang sangat cantik seperti di 'Singgahsana' iaitu @EMPIRE WEDDING dan tidak lupa juga kepada Syarikat JAKEL menyumbang pakaian raya kepada anak-anak yatim dan asnaf. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian. Amin.

     Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis khatam al-quran dan sumbangan anak yatim dan asnaf serta Majlis Iftar Jamaie dan Solat Terawih sesi 2019/1440. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang berikutnya.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR & BATIN dari saya di SOUL REMEDY GARDEN - Memenangi Jiwa Murid. Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Seri Intan, Kluang, Johor.

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROTOKOL
Assalamualikum
Yang Berusaha, Cikgu Abd Razak bin Ibrahim – Pengetua Cemerlang SMKSI
Yang Dihormati, Cikgu Rahim bin Rosdi – Penolong Kanan Pentadbiran
Cikgu Che Zulkifli bin Che Kob – PK HEM
Tn. Hj. Rosali bin Abu Samah – PK Kokurikulum
Cikgu Paridah binti Rasiman – PK Pendidikan Khas
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru
Barisan peserta khatam al-quran serta sidang jemaah yang dimuliakan Allah SWT.

MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN
Sidang jemaah yang dihormati sekalian,
Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk kita  bersama-sama menjayakan  majlis khatam al-quran dan sumbangan kepada anak yatim & asnaf 2019M/1440H peringkat SMK Seri Intan.

Sayang melukut ditepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

BACAAN KHATAM AL-QURAN
Warga Surau Al-Maghfirah yang di rahmati sekelian,
Tanpa melengahkan masa,  majlis diteruskan dengan majlis khatam al-quran. Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Al Fadhil Ustaz Muhd Syafiq Osman bagi mengetuai bacaan khatam al-quran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
**************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Muhd Syafiq Osman di atas penyempurnaan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai sebentar tadi.

Allah Ta’ala berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)” QS. (Al Baqarah : 185)

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak merebut peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.

Begitu juga Sabda beliau,
مَنْ قَرَأَ بِمِائَةِ آيَةٍ فِى لَيْلَةٍ كُتِبَ لَهُ قُنُوتُ لَيْلَةٍ
“Siapa yang membaca 100 ayat pada suatu malam dituliskan baginya pahala shalat sepanjang malam” (Riwayat Iman Ahmad)

Sidang jemaah Surau Al Maghfirah
Majlis pada pagi ini adalah majlis khatam Al-Quran dan sumbnangan kepada anak yatim dan Asnaf 2019M/1440H. Buat pengetahuan hadirin program ihya’ ramadhan telah bermula sepanjang bulan ramadhan 2019. Di antara aktiviti program ihya’ ramadhan anjuran MAKDIS telah dijalankan adalah :
1. Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadhan – 2 Mei
2. Tadarus Al Quran Warga SMKSI – 7 hingga 23 Mei
3. Tabung Ramadhan
4. Satu hari satu hadis
5. Mutiara Ramadhan (Program BAQ
6. Kuiz Ramadhan (Program BAQ)
7. Iftar Jama`ie dan bubur lambuk
8. Majlis Khatam al-quran & penyampaian sumbangan
9. Solat Dhuha (waktu rehat)

UCAPAN PENUTUP PERASMIAN
Warga Surau Al Maghfirah yang dikasihi.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berusaha Cikgu Abd Razak bin Ibrahim – Pengetua Cemerlang SMKSI  untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara penutupan Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan kepada anak yatim dan Asnaf 2019H/1440M
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang berusaha, Cikgu Abd Razak bin Ibrahim – Pengetua Cemerlang SMKSI di atas ucapan dan penyempurnaan perasmian Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan kepada anak yatim dan Asnaf 2019H/1440M penutup sebentar tadi

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM & ASNAF
 Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan daripada pihak sekolah kepada anak-anak yatim dan asnaf.

Majlis juga ingin mengingatkan kepada semua murid yang terlibat agar bersedia untuk tampil ke hadapan untuk menerima sumbangan.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  yang dihormati, Cikgu Che Zulkifli bin Che Kob - PK HEM untuk menjemput dan mengiringi  Yang Berusaha Cikgu Abd Razak bin Ibrahim – Penegtua Cemerlang SMKSI, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

Penerima pertama dipersilakan

PENUTUP
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya

Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang
Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan  pada tahun 2019 ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

SESI BERSALAMAN
 Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim kekeluargaan antara kita.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim

Sehubungan dengan itu diminta pengetua, YDP PIBG serta guru lelaki untuk berbaris di hadapan surau dan guru perempuan ditengah surau bagi memudahkan murid-murid bersalaman. Dipersilakan

Para pelajar bolehlah berbaris dan bersalaman dengan para guru anda. Di ingatkan juga kepada semua pelajar,  anda dibenarkan bersalaman hanya kepada yang muhrim anda sahaja. Dipersilakan


















Sunday, May 12, 2019

Exam Fever Campaign - 'You Reap What You Sow'

DEMAM PEPERIKSAAN KINI BERMULA.......

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Salam Ramadhan yang ke 8 hari ini, semoga ibadat puasa kita hari ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Illahi...aminn

Hari ini, Unit Bimbingaan dan Kaunseling SMK Seri Intan melaksanakan Program Exam Fever Campaign - "You Reap What You Sow". Program tahunan ini dilaksanakan apabila menjelangnya peperiksaan Pertengahan Tahun, peperiksaan PT3 & SPM serta Peperiksaan Akhir Tahun.

Kelainan tahun ini ditampilkan dengan tajuk yang berbeza dan pendekatan yang sama. Pada hari ini dan esok dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 1 & 2. Murid-murid tersebut akan menjalani peperiksaan pada 15 Mei 2019 (Rabu). Manakala pelajar Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM) telah dilaksanakan awal iaitu 5 Mei 2019 (Ahad). Untuk calon PT3 dan SPM, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput Motivator Terkenal iaitu En. Faizal Toha dari IKOM Malaysia.

Objektif Exam Fever Campaign ini dilaksanakan adalah bertujuan :
1. Membuat persediaan awal dari segi fizikal dan mental sebelum menduduki peperiksaan sebenar
2. Memberi bimbigan dan tunjuk ajar tips-tips persediaan murid sebelum, semasa dan selepas menghadapi peperiksaan
3. Mendengar dan amalkan segala amanat dan tujuk ajar dari Pengetua dan Guru Bimbingan dan Kaunseling


Pengisian Slot Exam Fever Campaign


7.30 pagi                     : Murid berkumpul di Dewan Intan Baiduri

7.35 pagi                     : Bacaan Doa / Al Fatihah

7.40 pagi                     : Amanat Ayahanda
                                                  Cikgu Abdul Razak bin Ibrahim
                                                  Pengetua Cemerlang, SMK Seri Intan

8.30 pagi                     : Slot Exam Fever
                                                  Unit Bimbingan dan Kaunseling

             9.30 pagi                     : Rehat dan Bersurai

10 Tips & Petua Menghadapi Peperiksaan (Slot dari Unit Bimbingan & Kaunseling)

            1. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
2. Tenang dan percayakan diri sendiri
3. Bersantailah tetapi berhati-hati
4. Privew soalan-soalan terlebih dahulu
5. Jawab soalan secara strategik
6. Semasa menjawab soalan objektif, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dahulu jawapannya sebelum menulis
8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
9. Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan
10. Analisis jawapan anda