Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Intan telah melaksanakan 1 inovasi yang melibatkan semua pelajar SMK Seri Intan. Program yang dimaksudkan adalah 'My Future Plan'.
'My Future Plan' ini adalah inisiatif dan idea dari Unit Bimbingan & Kaunseling dan Cikgu Abdul Razak bin Ibrahim, Pengetua Cemerlang, SMK Seri Intan.
'My Future Plan' adalah melihat halatuju kerjaya pelajar berdasarkan pencapaian akademik & pentaksiran psikometrik. Program ini melibatkan pengetua, guru bimbingan dan kaunseling serta guru mata pelajaran dalam menjayakan 'My Future Plan'.
'My Future Plan' ini tercetus selepas mengendalikan Program Bicara Ayahanda yang hanya melihat kepada pencapaian pelajar dan halatuju kerjaya. Selepas perbincangan bersama Tuan Pengetua, maka penambahbaikan dilakukan untuk memantapkan lagi pengisian di dalam Program Bicara Ayahanda. Maka tercetuslah 'My Future Plan' untuk pelajar-pelajar SMK Seri Intan dalam membantu halatuju pelajar berdasarkan pentaksiran psikometrik dan pencapaian akademik.
'My Future Plan' ini dilaksanakan dalam 2 kaedah iaitu :
1. Program Bicara Ayahanda - Calon PT3 & SPM
2. Kelas Ganti - Pelajar Tingkatan 1, 2 & 4
Kandungan 'My Future Plan' ini adalah seperti berikut mengikut kategori Menengah Atas dan Menengah Bawah :
1. Muka surat 1 - gambar, nama murid, no kad pengenalan & tingkatan
2. muka surat 2 - biodata pelajar
3. muka surat 3 - halatuju, tinggi (cm) dan berat (kg)
4. muka surat 4 - halatuju selepas PT3 dan SPM
5. muka surat 5 - penerangan tentang pentaksiran psikometrik (IMK, ITP, IKP & IKK)
6. muka surat 6 - keputusan akademik berdasarkan (TOV, ETR, AR, PPT, PK2 & PAT/PERCUBAAN) dan keputusan ujian psikometrik
7. muka surat 7 - jadual / graf pencapaian
8. muka surat 8 - pakej mata pelajaran yang ditawarkan, sistem penggredan PBS dan penilaian gred markah
Pelaksanaan 'My Future Plan' ini adalah menyeluruh di mana melibatkan semua pelajar, pengetua, guru bimbingan dan kaunseling serta guru mata pelajaran. Di antara peranan mereka adalah seperti berikut :
1. Pengetua - memberi motivasi kepada pelajar berkaitan dengan ASK (Attitude, Skill and Knowledge)
2. Guru bimbingan dan kaunseling - memberi bimbingan kepada pelajar tentang halatuju kerjaya berdasarkan pakej mata pelajaran dan intervensi berkaitan pencapaian pentaksiran psikometrik. Seterusnya membimbing pelajar untuk membuat jadual / graf pencapaian akademik
3. Guru mata pelajaran - mengisi dan berbincang tentang pencapaian akademik melalui (TOV, ETR, AR, PPT, PK2 & PAT/PERCUBAAN). Di samping itu juga, guru mata pelajaran perlu membuat analisis item kepada setiap pelajar-pelajarnya
Disertakan di sini, contoh kertas kerja 'My Future Plan' untuk rujukan semua.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SERI INTAN, KLUANG
TAHUN 2019
1. PROGRAM
MY
FUTURE PLAN - halatuju pelajar berdasarkan pentaksiran psikometrik dan pencapaian akademik.
2. PENDAHULUAN
Setiap pelajar perlu dibimbing untuk
mengetahui bagaimana hendak menetapkan halatuju yang bersesuaian dengan mereka terutamanya
selepas SPM. Berkaitan dengan itu, pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri
Intan, Kluang mengambil inisiatif berbincang dengan Pengetua berkaitan dengan
inovasi yang sesuai untuk semua pelajar tahu dan faham tentang halatuju
masing-masing. Maka tercetuslah idea
untuk menghasilkan MY FUTURE PLAN. Ianya dihasilkan untuk semua pelajar dari
Tingkatan 1 hinggalah ke Tingatan 5. Para pelajar dibimbing untuk mengisi
segala data yang dikehendaki dan menyesuaikannya berdasarkan Pencapaian
akademik mereka
3. MATLAMAT
Pelajar
faham dan boleh menetapkan halatuju
kerjaya berdasarkan kelayakan keputusan peperiksaan yang diperolehi.
4. OBJEKTIF
4.1 Pelajar mengetahui tentang pemilihan
kursus dan kerjaya yang sesuai mengikut kelayakan yang
diperolehi
4.2 Pelajar boleh membuat perancangan
teknik pembelajaran dengan lebih berkesan
4.3 Pelajar dapat mengetahui kelemahan dan
kelebihan yang ada di dalam diri mereka
5. TEMPAT
6. TARIKH / TEMPAT
7. MASA PELAKSANAAN
7.1 Program Bicara Ayahanda - Calon PT3 dan SPM
7.2 Kelas Ganti - Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4
8. SASARAN
Semua
Pelajar SMK Seri Intan
Di sini saya kongsikan isi kandungan 'My Future Plan' yang telah kami sediakan.
Muka hadapan 'My Future Plan'
Biodata pelajar
Penetapan Halatuju pelajar
Halatuju selepas SPM
Penerangan tentang Konstruk ITP
Keputusan Ting 1 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT dan Pentaksiran Psikometrik ITP
Jadual / graf pencapaian melalui TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT/PERCUBAAN
Keputusan Ting 5 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT/PERCUBAAN dan Pentaksiran Psikometrik IKK
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan (Ting4 & 5) serta penilaian gred markah
Halatuju Selepas PT3 dan penerangan tentang IMK
Keputusan Ting 1 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT/PERCUBAAN dan Pentaksiran Psikometrik IMK & ITP
Keputusan Ting 3 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT
Keputusan Ting 3 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT/PERCUBAAN dan Pentaksiran Psikometrik IMK & IKP
pakej mata pelajaran yang ditawarkan, sistem penggredan PBS & Penilaian Gred Markah
No comments:
Post a Comment