Sunday, July 14, 2019

Lawatan Penanda Aras SMK Cheras ke SMK Seri Intan, Kluang - Perkongsian Amalan Terbaik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Bertemu lagi di dalam blog saya ini. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman program lawatan penanda aras SMK Cheras ke sekolah saya iaitu SMK Seri Intan, Kluang, Johor.

Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling SMK Cheras iaitu Pn. Nurhaizah binti Che Mat, telah menghubungi saya untuk perancangan beliau untuk hadir ke SMK Seri Intan, Kluang, Johor untuk melihat Amalan Baik Kaunseling untuk bekalan pelajar-pelajar PRS SMK Cheras.

Akhirnya, perancangan menjadi kenyataan. SMK Cheras telah hadir ke SMK Seri Intan, Kluang, Johor pada 14 Julai 2019. Mereka telah sampai ke sekolah kami tepat jam 11.30 pagi seramai 38 pelajar dan 3 orang guru pengiring.

Objektif lawatan penanda aras ini dibuat adalah ;
1. untuk  melihat dan merasai pengalaman Pembimbing Rakan Sebaya dan Student Leaders Board SMK Seri Intan menjalankan aktiviti

2. mendapat maklumat bagaimana SMK Seri Intan mendapat pengiktirafan sebagai Johan Amalan Terbaik Kaunseling Negeri Johor 2018 dan Naib Johan Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan tahun 2018

3. untuk menjalinkan kolaborasi antara SMK Cheras dengan SMK Seri Intan di samping mempelajari pelaksanaan projek Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini.

Kami Unit Bimbingan dan Kaunseling serta para pelajar PRS dan SLB telah mengalu-alukan kehadiran para peserta lawatan di pintu pagar sekolah. Setiap peserta lawatan, pihak SLB dan PRS telah menyediakan penanda buku kepada setiap seorang sebagai tanda 'Selamat Datang'.

Para peserta melalui 'susur gajah' di mana laluan tersebut kami telah melabelkan sebagai 'Laluan Guru Penyayang' di mana laluan ini adalah paparan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun di bawah program Guru Penyayang.

Seterusnya, semua guru pengiring dan peserta lawatan mengadakan sesi fotografi untuk dokumentasi sebelum memulakan apa-apa aktiviti dari pihak UBK serta PRS / SLB SMK Seri Intan.

Tentatif program dimulakan dengan persembahan Zapin, tarian warisan negeri Johor. Persembahan Zapin ini dinamakan kumpulan 'Mahsuri Dancer'. Kumpulan ini terdiri daripada 6 pelajar perempuan Tingkatan 3 yang diketuai oleh Saudari Aina Aqilah. Seturusnya, tidak ketinggalan juga, persembahan tarian india yang telah dipersembahkan oleh Kumpulan BFF Bollywood yang terdiri daripada 2 pelajar india dari Tingkatan 4. Kumpulan ini diketuai oleh Saudari Veronissa. Persembahan terakhir sebagai persembahan penutup adalah persembahan tarian jawa. Kumpulan ini dikenali sebagai 'Baiduri Dancer' dalam kalangan pelajar Tingkatan 3 yang diketuai oleh Saudara Shaqeef bin Ishak.

Kesemua persembahan mereka adalah dicungkil dari Pencarian Bakat pelajar Amalan Terbaik Kaunseling 'Soul Remedy Garden' SMK Seri Intan.

Seterusnya, para peserta di bawa ke Lorong Terapeutik untuk melihat sendiri hasil kerja dari SLB / PRS SMK Seri Intan dalam memaparkan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Di antara info yang berkaitan adalah; info SLB dan PRS, ruangan kerjaya, ruangan PPDa, ruangan pelajar cemerlang.

Para guru pengiring dan peserta lawatan telah dijemput untuk masuk ke Bilik Muafakat untuk sesi ucapan dan pembentangan amalan baik. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis yang dikendalikan oleh pihak PRS. Seterusnya, bacaan doa oleh Abdul Raziq bin Abdul Siddik, Naib Presiden SLB. Seterusnya, ucapan pembukaan di mulakan dengan ucapan Cikgu Rahim bin Rosdi, Penolong Kanan Pentadbiran dan ucapan ketua lawatan iaitu Cikgu Nurhaizah binti Che Mat.

Majlis diteruskan dengan pembentangan Amalan Terbaik. Pembentangan amalan ini mempunyai 2 sesi pembentangan iaitu ;

1. Pembentangan Amalan Terbaik SLB / PRS SMK Seri Intan
Tajuk ; 1. SLB; The Catalyst To Loving Teachers Programme
            2. SLB / PRS; ikon pemimpin SMK Seri Intan dalam melahirkan 'Team Building' berimpak
                tinggi.
Pembentang ; Saudara Abdul Raziq bin Abdul Siddik - Naib President SLB

2. Pembentangan Amalan Terbaik Kunseling
Tajuk ; SRG2.0 - 7 remedy bermodul menarik minat murid hadir ke Bilik Kaunseling
Pembentang ; Cikgu Rafiz bin Mohd Salleh - GBK SMK Seri Intan

Setelah selesai, guru pengiring dan para peserta melawat ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling atau dikenali sebagai 'Soul Remedy Garden'. Para peserta teleh mendengar segala keterangan yang telah disampaikan oleh pihak SLB / PRS yang bertugas pada ketika itu. Setelah selesai memberi keterangan, sesi soal jawab telah diadakan dari pihak SMK Cheras kepada SLB / PRS.

Pelbagai sudut yang telah kami perkenalkan iaitu; pentas bakat, ruang remedy, SLB / PRS wall of fame, sudut kejayaan SRG, ruang tamu, kaunter pendaftaran, bilik sesi kaunseling individu / kelompok dan bilik pengurusan.

Setelah selesai bergambar di setiap sudut, maka peserta lawatan terus ke Balai Santapan untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Istimewa sesi menjamu selera ini, para peserta lawatan telah diperdengarkan halwa telinga persembahan dari 'kruzz busker'. Mereka mendendangkan beberapa lagu dalam bentuk 'busker'. Tidak ketinggalan juga, peserta lawatan dari SMK Cheras telah menyumbangkan sebuah lagu untuk persembahan sebelum mereka berangkat pulang.

Tentatif yang terakhir adalah sesi penyampaian cendermata dari pihak SMK Cheras kepada SMK Seri Intan. Semoga dengan pertemuan yang singkat ini, dapat sedikit sebanyak menimba ilmu yang telah kami berikan sepanjang lawatan ini. Perkara yang baik bolehlah diikuti dan dicontohi dan manakala perkara yang tidak baik, simpan sahaja di dalam hati. Semoga jalinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

SMK Seri Intan, mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada SMK Cheras kerana sudi memilih destinasi untuk perkongsian Amalan Terbaik. Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari KAMI SENDIRI.

Lawatan Penanda Aras sekolah-sekolah / institusi yang pernah ke SMK Seri Intan Kluang ;
1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM
2. MGKK Daerah Kuala Langat, Selangor
3. MGKK Daerah Kluang, Johor
4. SMP Dumai 2, Indonesia
5. SMA MAWIP, Wilayah Persekutuan
6. SMK Mersing dan SMK Ungku Hussin
7. PPD DAN MGKK Pasir Gudang, Johor
8. SMK Sultan Abdul Jalil
9. SMK Cheras
10. SK Tunku Mahmood 2 - 17 Julai 2019

jom kita libat bingkisan ini...

 Sesi fotografi bersama guru pengiring dan peserta lawatan

Sesi fotografi sebelum meninggalkan SMK Seri Intan 

 Sesi makan tengah hari di Bilik Santapan

 Peserta lawatan perempuan di Dewan Intan Baiduri

 Peserta lawatan lelaki

 Barisan guru pengiring SMK Cheras yang diketuai oleh Cikgu Nurhaiza Che Mat, Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling DG52

 Peserta lawatan menikmati jamuan tengah hari

 Guru pengiring makan tengah hari di meja VIP


 Pengacara Majlis di kalangan PRS di Bilik Muafakat


Laluan Lorong Guru Penyayang di 'Susur Gajah' SMK Seri Intan


PANORAMA SEKITAR BILIK SOUL REMEDY GARDEN





No comments:

Post a Comment