Sunday, July 21, 2019

Bicara Ayahanda - 'My Future Plan' dan 'Exam Fever Campaign'

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Peperiksaan percubaan SPM dan PT3 SMK Seri Intan akan berlangsung 1 Ogos 2019. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi calon SPM dan PT3 akan berjuang dan meluahkan segala keringat dan usaha setelah 7 bulan menimba segala ilmu akademik yg diajar oleh guru mata pelajaran.

Kini, unit bimbingan dan kaunseling SMK Seri Intan mengorak langkah bersama pengetua dan penyelaras program TS25 (Bicara Ayahanda) untuk memastikan kemenjadian calon SPM mendapat haknya iaitu pencapaian akademik melalui TOV (Take of Value - keputusan akhir tahun ting 4 2018), ETR (Expected Targeted Result - target yang akan calon capai) dan AR (Actual Result - keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun) dan seterusnya menetapkan Halatuju calon selepas SPM dan pencapaian dalam Pentaksiran Psikometrik.

Di dalam program ini, 3 individu / guru yang terlibat iaitu :
1. Pengetua - Bicara Ayahanda
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling - bimbingan halatuju
3. Guru Tingkatan - membimbing calon dalam headcount setiap mata pelajaran

Pelaksanaan program ini dilaksanakan selama 2 jam iaitu :
1. Setengah jam - bicara Ayahanda
2. Setengah jam - Guru Bimbingan dan Kaunseling
3. 1 jam - Guru Tingkatan

Ketiga-tiga individu / guru memainkan peranannya yang tersendiri. Saya akan paparkan melalui slaid dan lampiran di bawah.

Program Bicara Ayahanda ini telah dilaksanakan 3 Tahun berturut-turut cuma kelainan dan inovasi pada tahun 2019 ini adalah penambahbaikan dari program Bicara Ayahanda tahun lepas (2017 & 2018). Cetusan idea ini hadir dari Cikgu Abdul Razak Bin Ibrahim, pengetua cemerlang dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Intan untuk mengenalpasti halatuju kerjaya murid berdasarkan pencapaian akademik dan Pentaksiran Psikometrik.

Di samping itu juga, program ini diselitkan dengan kempen demam peperiksaan. Kempen ini telah disentuh dan disampaikan oleh ketiga-tiga individu / guru yang terlibat secara langsung. Calon SPM dan PT3 perlu diberi peringatan dari masa ke semasa agar mereka tidak leka dan tersasar jauh dalam menjaga emosi dan tingkah laku murid dalam menghadapi percubaan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Semoga dengan program Bicara Ayahanda - 'My Future Plan' dan Exam Fever Campaign ini mendapat reaksi yang positif kepada calon SPM dan PT3 dan seterusnya melonjak prestasi akademik sekolah.

'Soul Remedy Garden - Memenangi Jiwa Murid'


 Slot dari Unit Bimbingan dan Kaunseling


Bicara Ayahanda - Cikgu Abdul Razak bin Ibrahim, Pengetua Cemerlang, SMK Seri Intan


Calon SPM Tingkatan 5ST


Turut serta guru kelas 5ST, Cikgu Hasnah binti Sapran

Pengetua menyoal murid tentang halatuju selepas SPM

Bicara Ayahanda bersama Calon SPM Tingkatan 5PA









No comments:

Post a Comment