Friday, May 24, 2019

Pengacara Majlis Khatam Al Quran & Penyerahan Sumbangan Anak Yatim & Asnaf 2019M/1440H SMK Seri Intan

Salam Ramadhan yang ke 18...

Unit MAKDIS SMK Seri Intan telah melaksanakan 2 program ihya' ramadhan dalam satu hari. Program pada sesi pagi adalah Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Anak Yatim & Asnaf . Manakala program sesi petang adalah Majlis Iftar Jamaie dan Solat Terawih sesi 2019H/1440M. Tema majlis tahun ini adalah "Ramadhan Berkat, Taqwa Meningkat".

     Pada tahun ini, sekali lagi saya diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menggalas menjadi pengacara majlis dalam 2 program MAKDIS. Saya menerima tugasan tersebut dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Insyallah di dalam blog ini, saya akan berkongsi teks pengacaraan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Anak Yatin & Asaf. Manakala di dalam Majlis Iftar, saya mengendalikan program tersebut secara spontan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan lancar.

Tentatif program Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Anak Yatim & Asnaf

     7.15 pagi     : Bacaan Yaasin
     7.30 pagi     : Majlis Khatam Al-Quran berserta doa dan terjemahan
     8.00 pagi     : Ucapan Tuan Pengetua
     8.15 pagi     : Penyampaian cenderamata & sijil kepada peserta khatam
                         : Penyampaian sumbangan anak yatim & asnaf
     8.45 pagi     : Amanat HEM sebelum cuti sekolah
     9.00 pagi     : Bersalam salaman di antara guru & murid

Tentatif Majlis Iftar Jamaie & Solat Terawih

     5.45 ptg     : Kehadiran murid dan guru (berkumpul di surau)
     6.30 ptg     : Tazkirah - Saudara Mohd Farid Muslim - bekas pelajar SMA Kerajaan Johor
                       : Berbuka Puasa (ringan)
                       : Solat Maghrib
                       : Jamuan Makan
                       : Solat Isyak
                       : Solat Terawih & Witir
    9.30 mlm    : Penyampaian cenderamata
                       : Moreh & bersurai

     Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja dan sumbangan Hiasan Surau yang sangat cantik seperti di 'Singgahsana' iaitu @EMPIRE WEDDING dan tidak lupa juga kepada Syarikat JAKEL menyumbang pakaian raya kepada anak-anak yatim dan asnaf. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian. Amin.

     Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis khatam al-quran dan sumbangan anak yatim dan asnaf serta Majlis Iftar Jamaie dan Solat Terawih sesi 2019/1440. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang berikutnya.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR & BATIN dari saya di SOUL REMEDY GARDEN - Memenangi Jiwa Murid. Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Seri Intan, Kluang, Johor.

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROTOKOL
Assalamualikum
Yang Berusaha, Cikgu Abd Razak bin Ibrahim – Pengetua Cemerlang SMKSI
Yang Dihormati, Cikgu Rahim bin Rosdi – Penolong Kanan Pentadbiran
Cikgu Che Zulkifli bin Che Kob – PK HEM
Tn. Hj. Rosali bin Abu Samah – PK Kokurikulum
Cikgu Paridah binti Rasiman – PK Pendidikan Khas
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru
Barisan peserta khatam al-quran serta sidang jemaah yang dimuliakan Allah SWT.

MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN
Sidang jemaah yang dihormati sekalian,
Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk kita  bersama-sama menjayakan  majlis khatam al-quran dan sumbangan kepada anak yatim & asnaf 2019M/1440H peringkat SMK Seri Intan.

Sayang melukut ditepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

BACAAN KHATAM AL-QURAN
Warga Surau Al-Maghfirah yang di rahmati sekelian,
Tanpa melengahkan masa,  majlis diteruskan dengan majlis khatam al-quran. Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Al Fadhil Ustaz Muhd Syafiq Osman bagi mengetuai bacaan khatam al-quran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
**************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Muhd Syafiq Osman di atas penyempurnaan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai sebentar tadi.

Allah Ta’ala berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)” QS. (Al Baqarah : 185)

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak merebut peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.

Begitu juga Sabda beliau,
مَنْ قَرَأَ بِمِائَةِ آيَةٍ فِى لَيْلَةٍ كُتِبَ لَهُ قُنُوتُ لَيْلَةٍ
“Siapa yang membaca 100 ayat pada suatu malam dituliskan baginya pahala shalat sepanjang malam” (Riwayat Iman Ahmad)

Sidang jemaah Surau Al Maghfirah
Majlis pada pagi ini adalah majlis khatam Al-Quran dan sumbnangan kepada anak yatim dan Asnaf 2019M/1440H. Buat pengetahuan hadirin program ihya’ ramadhan telah bermula sepanjang bulan ramadhan 2019. Di antara aktiviti program ihya’ ramadhan anjuran MAKDIS telah dijalankan adalah :
1. Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadhan – 2 Mei
2. Tadarus Al Quran Warga SMKSI – 7 hingga 23 Mei
3. Tabung Ramadhan
4. Satu hari satu hadis
5. Mutiara Ramadhan (Program BAQ
6. Kuiz Ramadhan (Program BAQ)
7. Iftar Jama`ie dan bubur lambuk
8. Majlis Khatam al-quran & penyampaian sumbangan
9. Solat Dhuha (waktu rehat)

UCAPAN PENUTUP PERASMIAN
Warga Surau Al Maghfirah yang dikasihi.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berusaha Cikgu Abd Razak bin Ibrahim – Pengetua Cemerlang SMKSI  untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara penutupan Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan kepada anak yatim dan Asnaf 2019H/1440M
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang berusaha, Cikgu Abd Razak bin Ibrahim – Pengetua Cemerlang SMKSI di atas ucapan dan penyempurnaan perasmian Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan kepada anak yatim dan Asnaf 2019H/1440M penutup sebentar tadi

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM & ASNAF
 Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan daripada pihak sekolah kepada anak-anak yatim dan asnaf.

Majlis juga ingin mengingatkan kepada semua murid yang terlibat agar bersedia untuk tampil ke hadapan untuk menerima sumbangan.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  yang dihormati, Cikgu Che Zulkifli bin Che Kob - PK HEM untuk menjemput dan mengiringi  Yang Berusaha Cikgu Abd Razak bin Ibrahim – Penegtua Cemerlang SMKSI, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

Penerima pertama dipersilakan

PENUTUP
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya

Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang
Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan  pada tahun 2019 ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

SESI BERSALAMAN
 Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim kekeluargaan antara kita.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim

Sehubungan dengan itu diminta pengetua, YDP PIBG serta guru lelaki untuk berbaris di hadapan surau dan guru perempuan ditengah surau bagi memudahkan murid-murid bersalaman. Dipersilakan

Para pelajar bolehlah berbaris dan bersalaman dengan para guru anda. Di ingatkan juga kepada semua pelajar,  anda dibenarkan bersalaman hanya kepada yang muhrim anda sahaja. Dipersilakan


















No comments:

Post a Comment