Sunday, July 21, 2019

Bicara Ayahanda - 'My Future Plan' dan 'Exam Fever Campaign'

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Peperiksaan percubaan SPM dan PT3 SMK Seri Intan akan berlangsung 1 Ogos 2019. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi calon SPM dan PT3 akan berjuang dan meluahkan segala keringat dan usaha setelah 7 bulan menimba segala ilmu akademik yg diajar oleh guru mata pelajaran.

Kini, unit bimbingan dan kaunseling SMK Seri Intan mengorak langkah bersama pengetua dan penyelaras program TS25 (Bicara Ayahanda) untuk memastikan kemenjadian calon SPM mendapat haknya iaitu pencapaian akademik melalui TOV (Take of Value - keputusan akhir tahun ting 4 2018), ETR (Expected Targeted Result - target yang akan calon capai) dan AR (Actual Result - keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun) dan seterusnya menetapkan Halatuju calon selepas SPM dan pencapaian dalam Pentaksiran Psikometrik.

Di dalam program ini, 3 individu / guru yang terlibat iaitu :
1. Pengetua - Bicara Ayahanda
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling - bimbingan halatuju
3. Guru Tingkatan - membimbing calon dalam headcount setiap mata pelajaran

Pelaksanaan program ini dilaksanakan selama 2 jam iaitu :
1. Setengah jam - bicara Ayahanda
2. Setengah jam - Guru Bimbingan dan Kaunseling
3. 1 jam - Guru Tingkatan

Ketiga-tiga individu / guru memainkan peranannya yang tersendiri. Saya akan paparkan melalui slaid dan lampiran di bawah.

Program Bicara Ayahanda ini telah dilaksanakan 3 Tahun berturut-turut cuma kelainan dan inovasi pada tahun 2019 ini adalah penambahbaikan dari program Bicara Ayahanda tahun lepas (2017 & 2018). Cetusan idea ini hadir dari Cikgu Abdul Razak Bin Ibrahim, pengetua cemerlang dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Intan untuk mengenalpasti halatuju kerjaya murid berdasarkan pencapaian akademik dan Pentaksiran Psikometrik.

Di samping itu juga, program ini diselitkan dengan kempen demam peperiksaan. Kempen ini telah disentuh dan disampaikan oleh ketiga-tiga individu / guru yang terlibat secara langsung. Calon SPM dan PT3 perlu diberi peringatan dari masa ke semasa agar mereka tidak leka dan tersasar jauh dalam menjaga emosi dan tingkah laku murid dalam menghadapi percubaan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Semoga dengan program Bicara Ayahanda - 'My Future Plan' dan Exam Fever Campaign ini mendapat reaksi yang positif kepada calon SPM dan PT3 dan seterusnya melonjak prestasi akademik sekolah.

'Soul Remedy Garden - Memenangi Jiwa Murid'


 Slot dari Unit Bimbingan dan Kaunseling


Bicara Ayahanda - Cikgu Abdul Razak bin Ibrahim, Pengetua Cemerlang, SMK Seri Intan


Calon SPM Tingkatan 5ST


Turut serta guru kelas 5ST, Cikgu Hasnah binti Sapran

Pengetua menyoal murid tentang halatuju selepas SPM

Bicara Ayahanda bersama Calon SPM Tingkatan 5PA









Sunday, July 14, 2019

Lawatan Penanda Aras SMK Cheras ke SMK Seri Intan, Kluang - Perkongsian Amalan Terbaik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Bertemu lagi di dalam blog saya ini. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman program lawatan penanda aras SMK Cheras ke sekolah saya iaitu SMK Seri Intan, Kluang, Johor.

Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling SMK Cheras iaitu Pn. Nurhaizah binti Che Mat, telah menghubungi saya untuk perancangan beliau untuk hadir ke SMK Seri Intan, Kluang, Johor untuk melihat Amalan Baik Kaunseling untuk bekalan pelajar-pelajar PRS SMK Cheras.

Akhirnya, perancangan menjadi kenyataan. SMK Cheras telah hadir ke SMK Seri Intan, Kluang, Johor pada 14 Julai 2019. Mereka telah sampai ke sekolah kami tepat jam 11.30 pagi seramai 38 pelajar dan 3 orang guru pengiring.

Objektif lawatan penanda aras ini dibuat adalah ;
1. untuk  melihat dan merasai pengalaman Pembimbing Rakan Sebaya dan Student Leaders Board SMK Seri Intan menjalankan aktiviti

2. mendapat maklumat bagaimana SMK Seri Intan mendapat pengiktirafan sebagai Johan Amalan Terbaik Kaunseling Negeri Johor 2018 dan Naib Johan Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan tahun 2018

3. untuk menjalinkan kolaborasi antara SMK Cheras dengan SMK Seri Intan di samping mempelajari pelaksanaan projek Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini.

Kami Unit Bimbingan dan Kaunseling serta para pelajar PRS dan SLB telah mengalu-alukan kehadiran para peserta lawatan di pintu pagar sekolah. Setiap peserta lawatan, pihak SLB dan PRS telah menyediakan penanda buku kepada setiap seorang sebagai tanda 'Selamat Datang'.

Para peserta melalui 'susur gajah' di mana laluan tersebut kami telah melabelkan sebagai 'Laluan Guru Penyayang' di mana laluan ini adalah paparan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun di bawah program Guru Penyayang.

Seterusnya, semua guru pengiring dan peserta lawatan mengadakan sesi fotografi untuk dokumentasi sebelum memulakan apa-apa aktiviti dari pihak UBK serta PRS / SLB SMK Seri Intan.

Tentatif program dimulakan dengan persembahan Zapin, tarian warisan negeri Johor. Persembahan Zapin ini dinamakan kumpulan 'Mahsuri Dancer'. Kumpulan ini terdiri daripada 6 pelajar perempuan Tingkatan 3 yang diketuai oleh Saudari Aina Aqilah. Seturusnya, tidak ketinggalan juga, persembahan tarian india yang telah dipersembahkan oleh Kumpulan BFF Bollywood yang terdiri daripada 2 pelajar india dari Tingkatan 4. Kumpulan ini diketuai oleh Saudari Veronissa. Persembahan terakhir sebagai persembahan penutup adalah persembahan tarian jawa. Kumpulan ini dikenali sebagai 'Baiduri Dancer' dalam kalangan pelajar Tingkatan 3 yang diketuai oleh Saudara Shaqeef bin Ishak.

Kesemua persembahan mereka adalah dicungkil dari Pencarian Bakat pelajar Amalan Terbaik Kaunseling 'Soul Remedy Garden' SMK Seri Intan.

Seterusnya, para peserta di bawa ke Lorong Terapeutik untuk melihat sendiri hasil kerja dari SLB / PRS SMK Seri Intan dalam memaparkan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Di antara info yang berkaitan adalah; info SLB dan PRS, ruangan kerjaya, ruangan PPDa, ruangan pelajar cemerlang.

Para guru pengiring dan peserta lawatan telah dijemput untuk masuk ke Bilik Muafakat untuk sesi ucapan dan pembentangan amalan baik. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis yang dikendalikan oleh pihak PRS. Seterusnya, bacaan doa oleh Abdul Raziq bin Abdul Siddik, Naib Presiden SLB. Seterusnya, ucapan pembukaan di mulakan dengan ucapan Cikgu Rahim bin Rosdi, Penolong Kanan Pentadbiran dan ucapan ketua lawatan iaitu Cikgu Nurhaizah binti Che Mat.

Majlis diteruskan dengan pembentangan Amalan Terbaik. Pembentangan amalan ini mempunyai 2 sesi pembentangan iaitu ;

1. Pembentangan Amalan Terbaik SLB / PRS SMK Seri Intan
Tajuk ; 1. SLB; The Catalyst To Loving Teachers Programme
            2. SLB / PRS; ikon pemimpin SMK Seri Intan dalam melahirkan 'Team Building' berimpak
                tinggi.
Pembentang ; Saudara Abdul Raziq bin Abdul Siddik - Naib President SLB

2. Pembentangan Amalan Terbaik Kunseling
Tajuk ; SRG2.0 - 7 remedy bermodul menarik minat murid hadir ke Bilik Kaunseling
Pembentang ; Cikgu Rafiz bin Mohd Salleh - GBK SMK Seri Intan

Setelah selesai, guru pengiring dan para peserta melawat ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling atau dikenali sebagai 'Soul Remedy Garden'. Para peserta teleh mendengar segala keterangan yang telah disampaikan oleh pihak SLB / PRS yang bertugas pada ketika itu. Setelah selesai memberi keterangan, sesi soal jawab telah diadakan dari pihak SMK Cheras kepada SLB / PRS.

Pelbagai sudut yang telah kami perkenalkan iaitu; pentas bakat, ruang remedy, SLB / PRS wall of fame, sudut kejayaan SRG, ruang tamu, kaunter pendaftaran, bilik sesi kaunseling individu / kelompok dan bilik pengurusan.

Setelah selesai bergambar di setiap sudut, maka peserta lawatan terus ke Balai Santapan untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Istimewa sesi menjamu selera ini, para peserta lawatan telah diperdengarkan halwa telinga persembahan dari 'kruzz busker'. Mereka mendendangkan beberapa lagu dalam bentuk 'busker'. Tidak ketinggalan juga, peserta lawatan dari SMK Cheras telah menyumbangkan sebuah lagu untuk persembahan sebelum mereka berangkat pulang.

Tentatif yang terakhir adalah sesi penyampaian cendermata dari pihak SMK Cheras kepada SMK Seri Intan. Semoga dengan pertemuan yang singkat ini, dapat sedikit sebanyak menimba ilmu yang telah kami berikan sepanjang lawatan ini. Perkara yang baik bolehlah diikuti dan dicontohi dan manakala perkara yang tidak baik, simpan sahaja di dalam hati. Semoga jalinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

SMK Seri Intan, mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada SMK Cheras kerana sudi memilih destinasi untuk perkongsian Amalan Terbaik. Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari KAMI SENDIRI.

Lawatan Penanda Aras sekolah-sekolah / institusi yang pernah ke SMK Seri Intan Kluang ;
1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM
2. MGKK Daerah Kuala Langat, Selangor
3. MGKK Daerah Kluang, Johor
4. SMP Dumai 2, Indonesia
5. SMA MAWIP, Wilayah Persekutuan
6. SMK Mersing dan SMK Ungku Hussin
7. PPD DAN MGKK Pasir Gudang, Johor
8. SMK Sultan Abdul Jalil
9. SMK Cheras
10. SK Tunku Mahmood 2 - 17 Julai 2019

jom kita libat bingkisan ini...

 Sesi fotografi bersama guru pengiring dan peserta lawatan

Sesi fotografi sebelum meninggalkan SMK Seri Intan 

 Sesi makan tengah hari di Bilik Santapan

 Peserta lawatan perempuan di Dewan Intan Baiduri

 Peserta lawatan lelaki

 Barisan guru pengiring SMK Cheras yang diketuai oleh Cikgu Nurhaiza Che Mat, Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling DG52

 Peserta lawatan menikmati jamuan tengah hari

 Guru pengiring makan tengah hari di meja VIP


 Pengacara Majlis di kalangan PRS di Bilik Muafakat


Laluan Lorong Guru Penyayang di 'Susur Gajah' SMK Seri Intan


PANORAMA SEKITAR BILIK SOUL REMEDY GARDEN





Monday, July 1, 2019

'My Future Plan' - Halatuju Kerjaya Berdasarkan Pencapaian Akademik & Pentaksiran Psikometrik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Intan telah melaksanakan 1 inovasi yang melibatkan semua pelajar SMK Seri Intan. Program yang dimaksudkan adalah 'My Future Plan'.

'My Future Plan' ini adalah inisiatif dan idea dari Unit Bimbingan & Kaunseling dan Cikgu Abdul Razak bin Ibrahim, Pengetua Cemerlang, SMK Seri Intan. 

'My Future Plan' adalah melihat halatuju kerjaya pelajar berdasarkan pencapaian akademik & pentaksiran psikometrik. Program ini melibatkan pengetua, guru bimbingan dan kaunseling serta guru mata pelajaran dalam menjayakan 'My Future Plan'.

'My Future Plan' ini tercetus selepas mengendalikan Program Bicara Ayahanda yang hanya melihat kepada pencapaian pelajar dan halatuju kerjaya. Selepas perbincangan bersama Tuan Pengetua, maka penambahbaikan dilakukan untuk memantapkan lagi pengisian di dalam Program Bicara Ayahanda. Maka tercetuslah 'My Future Plan' untuk pelajar-pelajar SMK Seri Intan dalam membantu halatuju pelajar berdasarkan pentaksiran psikometrik dan pencapaian akademik.

'My Future Plan' ini dilaksanakan dalam 2 kaedah iaitu :
1. Program Bicara Ayahanda - Calon PT3 & SPM
2. Kelas Ganti - Pelajar Tingkatan 1, 2 & 4

Kandungan 'My Future Plan' ini adalah seperti berikut mengikut kategori Menengah Atas dan Menengah Bawah :
1. Muka surat 1 - gambar, nama murid, no kad pengenalan & tingkatan
2. muka surat 2 - biodata pelajar
3. muka surat 3 - halatuju, tinggi (cm) dan berat (kg)
4. muka surat 4 - halatuju selepas PT3 dan SPM
5. muka surat 5 - penerangan tentang pentaksiran psikometrik (IMK, ITP, IKP & IKK)
6. muka surat 6 - keputusan akademik berdasarkan (TOV, ETR, AR, PPT, PK2 & PAT/PERCUBAAN) dan keputusan ujian psikometrik 
7. muka surat 7 - jadual / graf pencapaian
8. muka surat 8 - pakej mata pelajaran yang ditawarkan, sistem penggredan PBS dan penilaian gred markah 

Pelaksanaan 'My Future Plan' ini adalah menyeluruh di mana melibatkan semua pelajar, pengetua, guru bimbingan dan kaunseling serta guru mata pelajaran. Di antara peranan mereka adalah seperti berikut :
1. Pengetua - memberi motivasi kepada pelajar berkaitan dengan ASK (Attitude, Skill and Knowledge)
2. Guru bimbingan dan kaunseling - memberi bimbingan kepada pelajar tentang halatuju kerjaya berdasarkan pakej mata pelajaran dan intervensi berkaitan pencapaian pentaksiran psikometrik. Seterusnya membimbing pelajar untuk membuat jadual / graf pencapaian akademik
3. Guru mata pelajaran - mengisi dan berbincang tentang pencapaian akademik melalui (TOV, ETR, AR, PPT, PK2 & PAT/PERCUBAAN). Di samping itu juga, guru mata pelajaran perlu membuat analisis item kepada setiap pelajar-pelajarnya

Disertakan di sini, contoh kertas kerja 'My Future Plan' untuk rujukan semua.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SERI INTAN, KLUANG
TAHUN 2019
1. PROGRAM
MY FUTURE PLAN - halatuju pelajar berdasarkan pentaksiran psikometrik dan pencapaian akademik.

2. PENDAHULUAN
Setiap pelajar perlu dibimbing untuk mengetahui bagaimana hendak menetapkan halatuju yang bersesuaian dengan mereka terutamanya selepas SPM. Berkaitan dengan itu, pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Intan, Kluang mengambil inisiatif berbincang dengan Pengetua berkaitan dengan inovasi yang sesuai untuk semua pelajar tahu dan faham tentang halatuju masing-masing. Maka tercetuslah  idea untuk menghasilkan MY FUTURE PLAN. Ianya dihasilkan untuk semua pelajar dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingatan 5. Para pelajar dibimbing untuk mengisi segala data yang dikehendaki dan menyesuaikannya berdasarkan Pencapaian akademik mereka

3. MATLAMAT
Pelajar  faham dan boleh menetapkan halatuju kerjaya berdasarkan kelayakan keputusan peperiksaan yang diperolehi.

4. OBJEKTIF
4.1 Pelajar mengetahui tentang pemilihan kursus dan kerjaya yang sesuai mengikut kelayakan yang   
 diperolehi
4.2 Pelajar boleh membuat perancangan teknik pembelajaran dengan lebih berkesan
4.3 Pelajar dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada di dalam diri mereka

5. TEMPAT
 Dewan Intan Baiduri SMK Seri Intan, Kluang

6. TARIKH / TEMPAT
 Sepanjang Tahun

7. MASA PELAKSANAAN
7.1 Program Bicara Ayahanda - Calon PT3 dan SPM
7.2 Kelas Ganti - Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4

8. SASARAN
Semua Pelajar SMK Seri Intan

Di sini saya kongsikan isi kandungan 'My Future Plan' yang telah kami sediakan.

Muka hadapan 'My Future Plan'

Biodata pelajar

Penetapan Halatuju pelajar 

Halatuju selepas SPM

Penerangan tentang Konstruk ITP

Keputusan Ting 1 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT dan Pentaksiran Psikometrik ITP

Jadual / graf pencapaian melalui TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT/PERCUBAAN 

Keputusan Ting 5 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT/PERCUBAAN dan Pentaksiran Psikometrik IKK

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan (Ting4 & 5) serta penilaian gred markah

Halatuju Selepas PT3 dan penerangan tentang IMK

Keputusan Ting 1 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT/PERCUBAAN dan Pentaksiran Psikometrik IMK & ITP

Keputusan Ting 3 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT

Keputusan Ting 3 berdasarkan TOV, ETR, AR, PPT, PK2, PAT/PERCUBAAN dan Pentaksiran Psikometrik IMK & IKP

pakej mata pelajaran yang ditawarkan, sistem penggredan PBS & Penilaian Gred Markah

Sunday, June 23, 2019

Pelancaran Program Skor A

SMK Seri Intan pada hari ini telah melancarkan Program Skor A anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit HEM. Program ini bukan program peningkatan akademik tetapi program menjurus kepada program sahsiah.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Cikgu Abdul Razak bin Ibrahim, Pengetua Cemerlang SMK Seri Intan. Beliau telah mengupas lanjut tentang konsep Skor A ini dilancarkan dan dilaksanakan di peringkat sekolah.

Diskripsi Skor A
AMALAN 7A
MAKSUD
HURAIAN
ALIF
istilah arab bermakna satu sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai
1. Ada matlamat datang sekolah
2. Hala tuju jelas
3. Pencapaian adalah keutamaan
4. Sahut visi dan misi sekolah
AKHLAK
Sifat yang tertanam dalam diri atau jiwa seseorang
1. Kesabaran tinggi
2. Menghormati guru/rakan /staf sekolah
3. Menghormati peraturan sekolah
4. Ada perasaan malu
5. Buat amalan baik di sekolah
ADAB
Budi pekerti dan tingkah laku  yang baik
1. Memandang wajah sesiapa yang bercakap
2. Guna bahasa yang sopan santun dan baik
3. Sentiasa fokus semasa belajar
4. Jaga kelakuan di kelas/surau/kantin/tandas dll
5. Selalu amal 4S
6. Merendah diri bercakap dengan guru
AKUR
Setuju , seia sekata dan satu hati
1. Faham arahan guru
2. Setuju/sedia terima hukuman
3. Sokong dan hadir program sekolah
4. Bersama cegah salah laku
AMANAH
Bertanggungjawab dan boleh dipercayai
1. Jaga kemudahan sekolah
2. Tugas & tanggungjawab dilakukan dengan baik
3. Hadir ke sek dan belajar
4. Dengar nasihat ibu bapa
ARIF
Bijaksana, tahu dan berilmu
1. Dapat pimpin rakan-rakan
2. Bijak memilih rakan-rakan
3. Selalu usaha untuk perbaiki diri
4. Kata-kata yang bernas dan berisi
5. Matang dalam buat keputusan
AKTIF
Sentiasa berusaha dan bertenaga
1. Rajin bertanya guru
2. Selalu buat ulangkaji di rumah/sekolah
3. Cepat atau bersegera dalam sesuatu hal
4. Suka bantu kawan
5. Sukarela ambil bahagian  dalam aktiviti sekolah

Jom, saya share kertas kerja Skor A untuk tatapan bersama.


KERTAS KERJA PROGRAM SKOR A
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA
UNIT HEM
SMK SERI INTAN, KLUANG

TAHUN 2019

1.0 Program
Program Skor A (Alif, Akhlak, Adab, Akur, Amanah, Arif & Aktif)

2.0 Pendahuluan
Amalan Skor 7A ini sebenarnya telah diamalkan dalam kehidupan kita setiap hari, Cuma ianya tidak ditekankan dan dititikberatkan kepada para pelajar baik di rumah mahupun di sekolah. Dengan adanya program ini, diharapkan ianya dapat diterapkan dan ditanamkan di dalam jiwa setiap orang pelajar. Seterusnya ianya dijadikan sebagai satu amalan dalam kehidupan mereka sama ada masih di alam persekolahan mahupun di alam pekerjaan. Semoga amalan ini diteruskan kepada generasi  seterusnya.

3.0 Matlamat
Meningkatkan tahap sahsiah setiap orang pelajar 

4.0 Objektif
1. Melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu tetapi beradab dan bertanggungjawab
2. Menanamkan sikap dan tingkah laku yang baik kepada pelajar
3. Pelajar dapat menerapkan amalan skor A ini dalam kehidupan harian mereka


5.0 Tempat
Pelancaran - Dewan Intan Baiduri SMK Seri Intan, Kluang

6.0 Tarikh / Tempat
Pelancaran – 16 Jun 2019 (Ahad)
Skor 7A dijalankan sepanjang tahun

7.0 Masa
7.30 pagi hingga 8.30 pagi – Pelancaran
Skor A dijalankan mulai jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang setiap hari persekolahan

8.0 Sasaran
Semua Pelajar SMK Seri Intan

9.0 Kos Perbelanjaan
Hadiah  Bulanan (Men Rendah dan Menengah Atas)                                     
Sijil
Hadiah Tahunan (Men Rendah dan Menengah Atas)                                       
Lawatan
Baner                                                                                                                                    RM100
                               
10.0 Sumber Kewangan
PIBG
UBK                       RM100 (baner)

11.0 Tentatif Program (Pelancaran)

                                                            TENTATIF PROGRAM
SKOR A

                                    7.15 PAGI                    -           PELAJAR BERKUMPUL
                                                                                    GURU-GURU BERKUMPUL

                                                                        -           NYANYIAN BANGSA JOHOR, NEGARAKU,                                                                                           SEKOLAH

                                                                        -           BACAAN DOA

                                                                        -           UCAPAN PERASMIAN
                                                                                   
                                                                        -           GIMIK PELANCARAN
                                                                       
                                    8.30 PAGI                    -           BERSURAI
                                                                                    SEMUA PELAJAR DAN GURU

12.0 Jawatankuasa Pengelola

                Pengerusi            : En Abd Razak Bin Ibrahim
                                              (Pengetua Cemerlang, SMK Seri Intan)
                Timb Pengerusi :   En Che Zulkifli Bin Che Kob
                                               (PK HEM)
                Naib Pengerusi :    En Rahim Bin Rosdi (PKP)
                                               Tn Hj Rosali Bin Abu Samah (PK KOKO)
                                               Pn Paridah Binti Rasiman (PK P.KHAS)

                Penyelaras          :   En Rafiz Bin Mohd Salleh (Guru Bimbingan & Kaunseling)
               
BIL
NAMA
BUTIRAN
1
SETIAUSAHA

Pn Noraini Binti Abd Aziz
-turut serta dalam perbincangan bersama pentadbir
-membuat kertas kerja

2
PENGACARA

En Rafiz Bin Mohd Salleh
Amirul Hakimi Bin Ishak
-mengacarakan program dari awal hingga akhir
3
BACAAN DOA

Abdul Raziq Bin Abdul Siddiq
-memimpin bacaan doa
-menyediakan teks doa yang bersesuaian
4
BROSUR

Nadia Maisarah Binti Zulkefli
Nur Aesyah
-menyediakan brosur        
-menghias brosur
-menyampaikan brosur 
5
PERSEDIAAN TEMPAT

Muhd Haikal Danial Bin Mohd Fauzi
Muhd Muzaffar Irfan Bin Mohd Hairul Anuar
-menyediakan kerusi  untuk semua guru dan tetamu
-mengemas semula selepas majlis
-memastikan kawasan dewan dalam keadaan bersih
Menyediakan meja hadiah dan meja buku pelawat
6
DOKUMENTASI

Muhammad Ridzuan Bin Razak
-mengambil gambar sepanjang majlis berjalan
7
GIMIK PELANCARAN

Nur Nabila Binti Kamalludin
Nur Afiqah Binti Hamzah
Nur Syairatul Annati binti Ab Halim
-menyediakan gunting dan reben untuk pelancaran di atas pentas
-menghias papan kenyataan
-menguruskan pelancaran di papan kenyataan
-menyediakan pen untuk tanda tangan
8
PA SISTEM

Shahrul Azmir Bin Abd Hadi
-memastikan PA system boleh dihunakan sepanjang program berjalan
-membuat persediaan awal
9
KAWALAN PELAJAR

Tn Hj Maslahudin Bin Yusof
Pengawas
-memastikan pelajar dalam keadaan terkawal

13.0 Pelaksanaan
13.1 Perbincangan dengan Pentadbir sekolah
13.2 Membentuk Ahli Jawatankuasa bertugas
13.3 Pengagihan tugasan
13.4 Pelaksanaan program
13.5 Pemantauan
13.6 Penilaian dan post mortem
13.7 Pendokumentasian


 Disediakan oleh,                                                                                                   

 ………………………………………..                                                                                
PN NORAINI BTE ABD AZIZ                                                                                
Guru Bimbingan Dan Kaunseling                                                                                    
SMK Seri Intan 

Disemak oleh,

……………………………………………...                                                                                        
EN CHE ZULKIFLI BIN CHE KOB
PK HEM
SMK Seri Intan

 Disahkan oleh,

………………………………………….
ABDUL RAZAK BIN IBRAHIM
Pengetua Cemerlang
SMK Seri Intan